Tuesday 29 May 2018

Mac cosmetic 6% discount

Good news ladies. Now Mac cosmetics is having 6% sale until 31st May 2018.

So what are you waiting for? Grab your favourite lipstick, eyeshadows with Maccosmetics Online. Enjoy free sample with purchase of RM200 and above.

Nah, this is not a paid review. Enjoy shopping ladies!!


A note, in reply

I find the farewell notes left from someone written with a pure heart. And a song. Makes me feel numb, uncertain. Sigh. 

After a while, we both admit that this is the end of it. I thank you for all the things that you have done for me. I pray for your happiness as always. How will I go through this, only Allah knows. I cried so hard that night that I can even barely breathing. I listened to Ungu  songs, I cried even herder. And woke up with swallon eyes.

There is no more us. I would never find your silly jokes and drama no more. Please take care of yourself. There is a long journey ahead, a tough one, be brave be strong. Dont work so hard. Eat healthy, sleep well. I will always miss you. You’ve got that special place in my heart. Take care. 

Thursday 10 May 2018

Sejarah Baru Terukir

10 Mei 2018 sekitar pukul 10 malam, maka terukirlah sejarah dimana seluruh rakyat Malaysia menyaksikan upacara istiadat angkat sumpah Perdana Menteri ke 7,  Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung di Istana Negara.

Kita dapat melihat peralihan tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan yang baru kepada parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH). PH sebelum itu telah  sebulat suara menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke 7 yang juga mantan Perdana Menteri ke 4.

Ini lah suara rakyat, rakyat telah memilih untuk bangkit membawa perubahan. Perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik. Dan sudah tentu lah rakyat Malaysia menyambut baik berita kemenangan parti pembangkang, sesuatu yang sudah lama dinanti- nantikan. Di sini kita boleh lihat, betapa jitu semangat rakyat tanpa mengira kaum dan agama bersama- sama bangun menyuarakan kehendak kepada perubahan.

Thanks a lot kepada Tun diatas pengorbanan beliau. Diusia ke 93 di mana selayaknya beliau menikmati hari- hari tua dengan berehat, namun beliau memilih untuk menerajui negara ini. Terima kasih juga kepada pimpinan parti yang bertungkus lumus berusaha membuka mata rakyat. Kami sudah memberi anda mandat, bertugas lah dengan sebaiknya.

Dan kepada rakyat Malaysia, tahniah & rest well everyone.

🇲🇾

Wednesday 9 May 2018

Pilihanraya Umum ke 14

9Mei 2018, 5 petang maka berakhir lah sesi pengundi membuang undi di pusat mengundi masing- masing.

Saya membuang undi di P110, Klang. Moga ada berita baik buat semua rakyat Malaysia. Amin. 🇲🇾


Saturday 5 May 2018

Malaysia Mengundi


9 Mei 2018 ini kita bakal menyaksikan untuk kali ke- 14 rakyat Malaysia keluar mengundi sempena Pilihan Raya seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Menerusi sistem demokrasi ini lah rakyat di beri mandat memilih pemerintah yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh 5 tahun seterusnya.

Mutakhir ini kita mendengar keluhan rakyat yang dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kesukaran mendapatkan pekerjaan yang dialami oleh graduan universiti dan pengangguran juga berlaku akibat penutupan kilang- kilang. Penetapan harga petrol/diesel secara mingguan menurut pasaran dunia juga benar- benar menimbulkan amarah. Namun, rakyat tidak mempunyai banyak pilihan. Justeru itu, rakyat disaran untuk melakukan lebih dari satu pekerjaan bagi menampung beban ekonomi yang semakin tinggi.


Disamping itu, peruntukkan kerajaan bagi sektor pendidikan, kemudahan asas sekolah, perubatan, infrastuktur juga turut terkesan meskipun ekonomi negara dilaporkan dalam keadaan baik. Kebanjiran pekerja- pekerja warga asing dari negara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan lain- lain terutama dalam sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan pembantu rumah memberi tempias hebat kepada kewujudan peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Di sini juga kita melihat penularan penyakit seperti Tibi, Hepatitis B dan Aids. 

Namun hal yang demikian, kerajaan dilihat terus komited membina prasarana untuk kemudahan rakyat. Namun malangnya, itu belum dapat meredakan kebimbangan rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat.

Menjelang PRU-14 ini, setiap parti yang bertanding giat mengadakan ceramah, turun padang mendekati rakyat, mendengar kelu kesah dan seterusnya memenangi hati rakyat untuk dipilih sebagai wakil yang bakal memimpin Malaysia kelak. Sejauh mana parti yang akan menang kelak merealisasikan manifesto mereka, itu bukan persoalan pokok. Disaat keadaan ekonomi rakyat yang semakin tenat dengan beban hutang dan bermacam lagi, adakah kertas undi kelak bakal menjadi medan rakyat melampiaskan kemarahan dan ketidakpuasan hati masing-masing, itu adalah perkara utama yang harus dititikberatkan. 



Di mana kita akan berdiri, kemana hala tuju negara kelak, semua itu berada di tangan kita kini. Bebaskan suara anda, ini lah waktunya, anda lah penentu masa depan negara dan seisi rakyatnya. Turunlah mengundi.
Sumber:

http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/10-daripada-100-pekerja-asing-menghidap-penyakit-berbahaya-1.176246


Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...