Saturday 5 May 2018

Malaysia Mengundi


9 Mei 2018 ini kita bakal menyaksikan untuk kali ke- 14 rakyat Malaysia keluar mengundi sempena Pilihan Raya seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Menerusi sistem demokrasi ini lah rakyat di beri mandat memilih pemerintah yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh 5 tahun seterusnya.

Mutakhir ini kita mendengar keluhan rakyat yang dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kesukaran mendapatkan pekerjaan yang dialami oleh graduan universiti dan pengangguran juga berlaku akibat penutupan kilang- kilang. Penetapan harga petrol/diesel secara mingguan menurut pasaran dunia juga benar- benar menimbulkan amarah. Namun, rakyat tidak mempunyai banyak pilihan. Justeru itu, rakyat disaran untuk melakukan lebih dari satu pekerjaan bagi menampung beban ekonomi yang semakin tinggi.


Disamping itu, peruntukkan kerajaan bagi sektor pendidikan, kemudahan asas sekolah, perubatan, infrastuktur juga turut terkesan meskipun ekonomi negara dilaporkan dalam keadaan baik. Kebanjiran pekerja- pekerja warga asing dari negara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan lain- lain terutama dalam sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan pembantu rumah memberi tempias hebat kepada kewujudan peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Di sini juga kita melihat penularan penyakit seperti Tibi, Hepatitis B dan Aids. 

Namun hal yang demikian, kerajaan dilihat terus komited membina prasarana untuk kemudahan rakyat. Namun malangnya, itu belum dapat meredakan kebimbangan rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat.

Menjelang PRU-14 ini, setiap parti yang bertanding giat mengadakan ceramah, turun padang mendekati rakyat, mendengar kelu kesah dan seterusnya memenangi hati rakyat untuk dipilih sebagai wakil yang bakal memimpin Malaysia kelak. Sejauh mana parti yang akan menang kelak merealisasikan manifesto mereka, itu bukan persoalan pokok. Disaat keadaan ekonomi rakyat yang semakin tenat dengan beban hutang dan bermacam lagi, adakah kertas undi kelak bakal menjadi medan rakyat melampiaskan kemarahan dan ketidakpuasan hati masing-masing, itu adalah perkara utama yang harus dititikberatkan. 



Di mana kita akan berdiri, kemana hala tuju negara kelak, semua itu berada di tangan kita kini. Bebaskan suara anda, ini lah waktunya, anda lah penentu masa depan negara dan seisi rakyatnya. Turunlah mengundi.
Sumber:

http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/10-daripada-100-pekerja-asing-menghidap-penyakit-berbahaya-1.176246


No comments:

Post a Comment

Care to leave a note?

Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...