Tuesday 17 July 2018

Awas! Barang tiruan

Tahukah anda sekarang ni lambakan barangan tiruan di pasaran semakin sukar dikawal. Tambahan lagi, barangan tiruan ini mudah didapati secara belian atas talian.

Meski barang tiruan menjanjikan harga yang berkali ganda lebih murah berbanding harga produk asal dan ianya mampu milik, namun sedarkah anda bahawa membeli barang tiruan ini ada keburukannya. Dengan harga yang murah, sudah tentu barang tiruan ini dihasilkan dengan sumber dan kos paling minima, supaya produk itu boleh dijual pada harga rendah, jadi barangan tiruan ini kurang berkualiti. Cepat lusuh, mudah koyak dan tidak tahan lama. Barangan elektrik di Malaysia misalnya mesti mendapat kelulusan Sirim sebelum dijual ke pasaran. Produk dengan kelulusan sirim mencapai standard khusus sesuatu barangan, misalnya aspek keselamatan. Kalau beli pelurus rambut atau hari straightener tanpa cop Sirim, alih2 masa guna tu rambut terbakar, sapa nak jawab??

Beli barang ada label Sirim (dan ini adalah artikel dari Sinar Harian berkenaan hal ini).

Kalau minyak wangi pula, bau nya memang seakan wangian asli, namun lebih menyegat dan tidak bertahan lama setelah disembur. Kalau dah bercampur aduk dengan sinaran terik matahari, memang boleh tahan padu.Bila kualiti takde maka barangan tiruan ni sudah tentu ada side effect kepada si pengguna. Sebagai contoh barangan kosmetik tiruan boleh menyebabkan iritasi pada kulit terutama pada kulit sensitif. Ini sangat merbahaya untuk jangka masa panjang kerana si pemakai berisiko menghidap penyakit kulit dan sebagainya.

Bahaya kosmetik tiruan (dan ini adalah artikel dari nst berkaitan kosmetik tiruan).

Ubat- ubatan tiruan juga turut dijual di pasaran seperti panadol tiruan yang viral beberapa tahun lepas. Dan ini membimbangkan kerana bukan sahaja merugikan pembeli malah mengancam kesihatan.Bukan itu sahaja, dipasaran juga terdapat telefon bimbit klon yang direka seakan telefon bimbit asal. Telefon bimbit ini kebanyakannya datang dari negara China.

Oleh kerana barangan tiruan ini mudah didapati di mana2.Menyebabkan masyarakat terpedaya dan membeli tanpa berfikir panjang.Dan tahukah anda di bawah Akta Perihal Dagangan adalah menjadi satu kesalahan apabila anda menggunakan atau membekalkan barangan palsu dan jika sabit kesalahan boleh didenda dan penjara. Hah dahsyat tak?Jadi tepuk dada dan buatlah pilihan bijak. Tidak semua barangan asli itu mahal di pasaran. Yang penting anda bijak memilih dan menilai. Ambil masa untuk periksa label sebelum membeli. Buat kajian sekiranya anda was2. Maklumat di hujung jari. Dan ingat jangan beli barangan tiruan.







No comments:

Post a Comment

Care to leave a note?

Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...