Monday 16 July 2018

Beli rumah landed atau bertingkat


















Kalau rumah landed ni selesa, ada parking space sendiri, tak perlu naik lif. Komitmen anda untuk bayar installment rumah bulan- bulan (bagi yang membuat pinjaman), bayar cukai pintu dua tahun sekali, cukai tanah dan Indah Water.














Berbanding dengan rumah bertingkat, anda kena park kereta di kawasan yang telah disediakan. Komitmen termasuk bayaran bulanan dengan Bank, maintenance charges dibayar dengan JMB/management body setiap bulan, cukai pintu bagi dua penggal setahun dan Indah Water.

Jadi berusaha lah menabung, kalau belum mula menabung, mula lah sekarang, anda tidak pernah terlewat. Simpan duit untuk bayar deposit rumah, biasanya dalam 10% harga jual beli. Dan bayaran wang beza sekiranya loan anda kurang daripada wang baki yang kena dibayar kepada Penjual nanti. Juga, bayaran guaman untuk jual beli dan pinjaman bank kelak serta kos Penilaian (Valuation fee). Bayaran sampingan ni biasanya dalam 2-3% daripada harga rumah. 

Ramai pembeli masih kurang arif tentang transaksi jual beli rumah. Dapatkan nasihat dari ejen hartanah dan peguam anda. Berkenaaan dengan pinjaman bank, berurusan lah terus dengan banker.

Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Care to leave a note?

Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...