10 Mei 2018 sekitar pukul 10 malam, maka terukirlah sejarah dimana seluruh rakyat Malaysia menyaksikan upacara istiadat angkat sumpah Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung di Istana Negara.
Kita dapat melihat peralihan tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan yang baru kepada parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH). PH sebelum itu telah sebulat suara menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke 7 yang juga mantan Perdana Menteri ke 4.
Ini lah suara rakyat, rakyat telah memilih untuk bangkit membawa perubahan. Perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik. Dan sudah tentu lah rakyat Malaysia menyambut baik berita kemenangan parti pembangkang, sesuatu yang sudah lama dinanti- nantikan. Di sini kita boleh lihat, betapa jitu semangat rakyat tanpa mengira kaum dan agama bersama- sama bangun menyuarakan kehendak kepada perubahan.
Thanks a lot kepada Tun diatas pengorbanan beliau. Diusia ke 93 di mana selayaknya beliau menikmati hari- hari tua dengan berehat, namun beliau memilih untuk menerajui negara ini. Terima kasih juga kepada pimpinan parti yang bertungkus lumus berusaha membuka mata rakyat. Kami sudah memberi anda mandat, bertugas lah dengan sebaiknya.
Dan kepada rakyat Malaysia, tahniah & rest well everyone.
🇲🇾
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara berkesan rawat tumit kaki merekah
Cara nya mudah sahaja. Sapu minyak zaitun jenama Safi (seperti gambar di bawah) pada tumit kaki yang merekah setiap malam sebelum tidur. Da...
-
Tahukah anda sekarang ni lambakan barangan tiruan di pasaran semakin sukar dikawal. Tambahan lagi, barangan tiruan ini mudah didapati secar...
-
Ku punya satu, Kau juga begitu, Aku simpan ia, Tapi tidak terjaga, Jangan bawa. Kau ada satu, Aku juga sama, Ku punya yang berharga, Mungkin...
-
Good news ladies. Now Mac cosmetics is having 6% sale until 31st May 2018. So what are you waiting for? Grab your favourite lipstick, eyes...

No comments:
Post a Comment
Care to leave a note?