Friday 8 April 2022

Marhaban Ya Ramadan 1443H

Hari ni puasa masuk hari yang ke-4. Sahur tadi bangun pukul 5 pagi. Tahun ni nak khatam Al-Quran lagi. Jadi setiap jam, kena baca sekurang-kurang nya 4 muka surat, insyaAllah sempat lah khatam nanti sebelum Raya. 

Hari ni juga order kibbles untuk kucing. Dah bayar tu baru perasan ada kibbles lain jenama Wetland harga kurang dari RM60 untuk 10kg, tidak termasuk postage.

Tapi nak kena beli trial pek dulu, bimbang tak sesuai dengan kucing. Sebelum ni bagi kucing makan kibble jenama Powercat, tapi yang jantan kerap kucing berdarah. Bila tukar Misha, takde dah masalah kencing berdarah.

Order sekali scratching board untuk kucing. Kat mana-mana dah mencakar kucing ni. Sofa pun dah lunyai.

Nak recap pengalaman puasa tahun ni. 

Puasa hari Pertama

Kami sekeluarga berbuka dengan mee goreng, kuih muih yang mak buat. Adik bancuh air sirap. Fatimah pun teman berbuka. Selepas Isyak kami menunaikan solat sunat Terawih di rumah. 

Puasa hari Kedua

Hari ni berbuka special sikit. Nasi beriani dan acar timun, telur masak kari, bubur lambuk dan kuih muih. Air sirap plak bancuh dengan ais krim soda, rasa berbeza sedikit. Alhamdulillah. Macam biasa solat sunat Terawih di rumah.

Nasi beriani ayam & acar timun













Kuih muih semasa moreh













Puasa hari Ketiga

Hari ini request bihun kari masakan mak. Ada nasi goreng dan kuih getas juga untuk berbuka. Petang ni juga parcel dari SHEIN sampai. Nanti akan ada thread review tentang SHEIN. 





No comments:

Post a Comment

Care to leave a note?

Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...