Sunday 22 September 2019

Jerebu

Jerebu kini menjadi masalah wajib tahunan sejak 20 tahun lepas. Kualiti udara menjadi teruk, dan setakat minggu lepas Malaysia menjadi negara pertama dengan pencemaran udara tertinggi. Bagaimana ini boleh terjadi?


Punca utama nya kerana aktiviti pembakaran hutan yang berleluasa. Bukan sahaja di dalam negara, malah pembakaran yang berlaku di Indonesia. Tidak dikawal. Tiada pemantauan daripada pihak berwajib. Penguatkuasaan yang lemah menjadikan aktiviti pembakaran ini semakin tidak terkawal. Ditambah lagi dengan taburan hujan yang kurang menyebabkan kualiti udara semakin tidak sihat.

Perkara ini menjejaskan aktiviti harian manusia. Aktiviti luar terbatas. Udara yang tidak sihat ini memberi kesan buruk kepada kesihatan terutamanya kanak- kanak, orang tua dan orang yang menghidap penyakit asma. Di negara ini sahaja, beratus- ratus sekolah terpaksa ditutup membabitkan beribu pelajar sekolah. Aktiviti luar juga terpaksa dibatalkan.

Meski saban tahun pelbagai usaha dilakukan oleh Indonesia untuk mengekang aktiviti pembakaran hutannya, namun ia seakan tidak dapat dibendung lagi. Malah negara jiran seperti Singapura dan Malaysia telah turut membantu untuk memadamkan kebakaran di negara berkenaan namun udara tetap juga tercemar.

Telah ada undang- undang yang dikuatkuasakan untuk mengawal aktiviti pembakaran dan hukuman denda juga dikenakan namun ia dianggap mudah oleh segelintir pihak.

Anda lihat sahaja kebakaran yang berlaku di Amazon, sehingga mengancam hidupan liar dan hutan hujan yang menjadi penyumbang kepada 20% oksigen untuk penduduk bumi. Sudah tentu ia berbalik kepada kesedaran kita sendiri. Adab kita terhadap tumbuhan dan hidupan lain di atas muka bumi ini. Dek kerakusan dan tangan- tangan kita sendiri yang membawa padah kepada kehidupan manusia sejagat. Jadi ia berbalik kepada sikap kita. Jadi sudah menjadi tanggungjawab setiap daripada kita untuk memelihara alam ini dengan sebaiknya, hanya bumi ini sahaja yang kita ada untuk diduduki. Sesungguhnya setiap manusia berhak untuk mendapat udara bersih dan segar.




No comments:

Post a Comment

Care to leave a note?

Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...