Thursday 23 February 2017

Kutu kucing

Ini posting versi updated. Pada 23.2.2017 saya menulis sekian dan sekian berkenaan kutu kucing. Dan kini saya kembali dengan solution maha berkesan dalam membasmi kutu kucing.

Melalui rangkaian jualan shopee yang aplikasi nya boleh di download terus dari appstore atau playstore saya telah menemukan shopper Fad Feline Family yang menjual Ubat Kutu berkesan.

Anda hanya perlu klik link dibawah ini.

https://shopee.com.my/mohdfadlullah92/899278064

Dan ini lah Ubat Kutu tersebut.




Dengan hanya RM20 dan kos pos sekitar RM3.++ insyaAllah kucing anda pasti akan bebas kutu hendaknya.

Ini pula perkongsian saya sebelum ini berkenaan minyak telon. Agak kurang berkesan sebenarnya sebab kena rawat dengan kerap, itu yang leceh.

Kesian kan bila kucing dihinggapi kutu. Entah dari mana lah boleh dapat kutu tu.  Penuh telur kutu di setiap helai bulu kucing saya.

Jadi saya pun cuba lah pakai kan minyak telon. Tapi ni memang kena usaha sikit, sebab bau minyak tu akan membuatkan kucing anda bertempiaran lari. :D

Gosok je kat bahagian leher dia. Kena buat selalu ya. Moga kucing anda juga bebas kutu akhirnya.


Selain itu, saya syorkan untuk guna Frontline spray. Juga berkesan. Harga dalam RM50. Cuba lah.



Wednesday 15 February 2017

Klinik Haiwan sekitar Klang & Shah Alam

Hai pencinta kucing sekalian. Ni saya kongsi maklumat yang sangat berguna. Senarai klinik haiwan di sekitar Klang dan Shah Alam. 

Boleh lah bawa kekucing awak jumpa doktor haiwan bila ada masalah kesihatan, suntik vaksin, anti- kutu dan lain- lain. 

Klinik Haiwan Ecovet Concultancy kat Klang tu siap provide temporary boarding untuk kucing, kalau- kalau awak terpaksa tinggalkan dia untuk beberapa hari. Nak tahu lebih lanjut, contact lah klinik tu ye.

Meow. 

Tuesday 14 February 2017

Saat terakhir Pedro

Pedro, seekor anak kucing kepunyaan saya. Lahir pada 8 November 2016. Sangat aktif sejak lahir. Hingga lah sejak awal bulan lalu, pergerakan nya terbatas. Tidak seriang dulu. Pedro menghidap FIP atau kembung air. Suatu penyakit yang sangat common dikalangan kucing.

Perut Pedro semakin membuncit dari hari ke hari.

Menurut doktor, sehingga kini belum ada rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Ia boleh membawa maut, malah amat mudah menjangkiti kucing sihat yang lain. Sebelumnya, adik Pedro iaitu Hachi juga telah menemui ajal kerana penyakit yang sama.

Nafas Pedro semakin lemah. Beratnya untuk lepaskan kucing saya pergi. Hinggalah pada 12.2.2017, akhirnya Pedro perg jua.

Send my regards to Hachi. Till then Pedro.

Monday 6 February 2017

Download lagu dari Sing! Smule ke iPhone

Bagi penggemar karaoke versi Sing! Smule, pasti tertanya aplikasi mana nak guna untuk download lagu ke iPhone anda?

Install TDownloader di appstore.













Lepas tu copy url link pada lagu yang anda nak download kat Sing! Smule tu &paste link pada ruangan "brower" di TDownloader.

Pop up "Video link found" akan keluar. Klik anak panah untuk download.

Simple kan?


Wednesday 1 February 2017

Dimana nak repair iPhone, iPad, Mac anda?

Pernah tak iPhone kesayangan anda buat hal? Kita unlock tetiba dia start typing sendiri. Hah scary kan? Tapi ni true-story tau. Tak pun screen tu shaking dengan sendiri nya, tanpa sebab. Keluar horizontal-line kaler putih dalam boxes di screen. Dan sampai satu tahap, kaler screen bertukar ke dark-purple.




















Mental block dibuat nya, kita touch screen iPhone tu pun takde respond. Bateri plak cepat kong. Baru charge sejam lepas, scroll up down kejap, dah tinggal 10%. Haru kan? Makna nya iPhone awak tu perlu di bawa segera ke Hospital, untuk rawatan. 

Saya recommend satu kedai ni, Terminal Tech di TTDI Jaya, Shah Alam. Staff kat situ, akan repair iPhone anda on the spot, bergantung pada jenis kerosakan ye. Bila dah bawa ke kedai, kena lah keluar kos sikit kan? Battery replacement saya kena RM110, tukar screen recond saya bayar lebih kurang RM240 sekali dengan screen protector. 

Mungkin ada yang fikir, ala kos repair punya mahal, better beli baru. Tapi hat ni ada sentimental value, tu nak repair jugak. 


Sing! Karaoke by Smule

Pernah cuba tak aplikasi karaoke ni? Yang suka karaoke tu jangan lepaskan peluang untuk download ye. Available untuk android & ios. Mind you, ada jugak brand handphone yang tak compatible dengan aplikasi ni.

Kalau upgrade ke status VIP, boleh 'open' lagu sendiri. (yang ni berbayar ye. Murah untuk android, sedikit mahal untuk ios). Sebelum upgrade tu, awak klik lah untuk trial. Dalam 3 hari kot Smule bagi free access VIP.

Yang best lagi sebab boleh download lagu yang dah nyanyi tu. Make it private pun tiada hal. Sambil nyanyi, boleh join community sekali. Berinteraksi dengan rakan- rakan di mana pun anda berada.

Amacam ok tak? Join lah.


Hari Tanpa Beg Plastik

Hari ni 1 Februari 2017. Jadi macam mana hari- hari anda tanpa beg plastik? Terutama yang menetap di kawasan Selangor. Sudah terbiasa untuk keluar rumah dengan beg kitar semula atau masih memilih untuk membayar 20 sen bagi setiap helai beg plastik?








Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...