Thursday 14 April 2022

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, mentega Butter Cup dan banyak lagi lah bahan kuih nya.

Cuma kesal sebab mostly bahan tu dah dekat nak expired dan macam stok lama, bercapuk. Ada yang seawal Jun 2022, ini dah April. Jadi pastikan anda belek betul2 lah expiry date tu sebelum beli. Naya plak kalau tarikh expiry dekat sangat.

2 Ply ni dalam kawasan Pasar Besar Jalan Meru, Klang. Pekerja pun kebanyakkan nya warga asing. Diorang juga menghuni blok- blok bangunan kawasan Pasar Besar. Pemandangan memang kotor, sampah sarap dimana-mana, bau busuk jangan cakaplah. Dan ada sekumpulan kanak-kanak warga asing ni berpakaian biasa bawa beg sekolah, macam nak pergi sekolah/ kelas kot.

Harap Majlis Perbandaran Klang jenguk lah sikit Pasar Besar ni. Tempat kotor macam tu mengundang berbagai jenis penyakit, lebih2 lagi ni tempat jual beli barangan basah, sayur & buah-buahan.

Then singgah plak kat Econsave, ada juga coklat masakan & bahan kuih lain. Expiry date pun jauh lagi, takde lah ragu2. Rasa better beli kat supermarket jela lagi berbaloi. Lengang je Econsave mungkin hari kerja.

Lepas tu terus ke Jalan Taiping, Klang. Keadaan pun sama, lengang je. Mungkin masih awal Ramadan. Nampak banyak stok baju Raya kat sekitar Jalan Taiping. Boleh lah pergi cuci mata, beli sehelai dua. Tapi sekarang ni orang prefer beli online je.

Saturday 9 April 2022

Nasi Kuning

Hari ni berbuka ramai- ramai sekeluarga. Mak masak nasi kuning, ikan sambal, ayam masak merah dan kakak ipar bawa kari ikan. Banyak kuih muih. Alhamdulillah. Jom enjoy gambar- gambar ni.



Ikan sambal
























Nasi kuning















Menu berbuka hari ni
























Petang tadi sempat mandikan beberapa ekor kucing. Banyak lagi nak kena mandikan. Lama dah tak mandi. Guna syampu kutu beli kat Shopee & syampu kucing untuk bau wangi. Syampu kutu ni memang tiptop berkesan. Luruh kutu bila mandi.

Biasa saya akan pakai hand glove bila mandikan kucing. Sebab syampu tu banyak kimia. Rosak tangan nanti. Di bawah ni jenis syampu yang saya gunakan. Moga bermanfaat.


Syampu kutu kucing
Syampu wangi untuk kucing








































Lama tak pakai mask. Biasa pakai mask waktu malam je. Face mask dari Faceshop (Rice) ni je sesuai dengan muka, tak panas/rasa bahang lepas pakai. Gambar kat bawah. Sekarang pakai facial cleanser Himalaya, macam tak sesuai dengan kulit. Makin kering dan jerawat naik. 

Friday 8 April 2022

Parcel dihantar Shopee Xpress terkoyak dan terbuka?

Scratching board yang order kat Shopee dah sampai hari ni. Malang nya, parcel tu dah terbuka bila dah sampai. Meski pun nanti akan lunyai juga scratching board tu kucing cakar, tapi ni terburai depan board nya. Kecewa sungguh. Shopee Xpress yang hantar. Entah siapa yang salah. Dah bagi pun review kat seller. Harap seller tu beri lebih perhatian lah isu macam ni. 

Seller dah janji nak ganti scratcher bila order next time. Tunggu scratcher ni jadi serbuk lah dulu.

Ini lah parcel yang dah sampai tu













Sambil-sambil tu layan telemovie Bejat kat youtube. Best juga. Cerita lama, Fathia Latiff & Tasha Shila berlakon.








Order McD untuk buka hari ni.

Fatimah dah 5 bulan

Hari ni berbuka dengan ayam masak merah, sandwich tuna. Pedas berapi ye tuna tin yang extra hot tu. kalau tak tahan pedas baik beli yang mild je. Mak buat bubur kacang hijau juga. 

Ayam masak merah
























Sandwich hot tuna 
























Telur masak kari
























Lauk berbuka hari ini















Bubur kacang hijau untuk moreh














Hari ni 7 April 2022, Fatimah dah masuk 5 bulan. Belanja dia sebiji kek coklat. Tapi kitorang yang habis kan juga. Hehe. 



Marhaban Ya Ramadan 1443H

Hari ni puasa masuk hari yang ke-4. Sahur tadi bangun pukul 5 pagi. Tahun ni nak khatam Al-Quran lagi. Jadi setiap jam, kena baca sekurang-kurang nya 4 muka surat, insyaAllah sempat lah khatam nanti sebelum Raya. 

Hari ni juga order kibbles untuk kucing. Dah bayar tu baru perasan ada kibbles lain jenama Wetland harga kurang dari RM60 untuk 10kg, tidak termasuk postage.

Tapi nak kena beli trial pek dulu, bimbang tak sesuai dengan kucing. Sebelum ni bagi kucing makan kibble jenama Powercat, tapi yang jantan kerap kucing berdarah. Bila tukar Misha, takde dah masalah kencing berdarah.

Order sekali scratching board untuk kucing. Kat mana-mana dah mencakar kucing ni. Sofa pun dah lunyai.

Nak recap pengalaman puasa tahun ni. 

Puasa hari Pertama

Kami sekeluarga berbuka dengan mee goreng, kuih muih yang mak buat. Adik bancuh air sirap. Fatimah pun teman berbuka. Selepas Isyak kami menunaikan solat sunat Terawih di rumah. 

Puasa hari Kedua

Hari ni berbuka special sikit. Nasi beriani dan acar timun, telur masak kari, bubur lambuk dan kuih muih. Air sirap plak bancuh dengan ais krim soda, rasa berbeza sedikit. Alhamdulillah. Macam biasa solat sunat Terawih di rumah.

Nasi beriani ayam & acar timun













Kuih muih semasa moreh













Puasa hari Ketiga

Hari ini request bihun kari masakan mak. Ada nasi goreng dan kuih getas juga untuk berbuka. Petang ni juga parcel dari SHEIN sampai. Nanti akan ada thread review tentang SHEIN. 





Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...