Thursday 24 July 2014

Kanta lekap dan penggunaanya

Zaman kini kanta lekap menjadi alternatif di kalangan pemakai cermin mata berkanta. Pemakaian kanta lekap yg mudah, faktor penampilan dan keyakinan diri menjadi faktor utama perkara ini. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi trend di kalangan selebriti dan artis tanah air.

Malah, kanta lekap berwarna yg berada di pasaran kini turut menjadi pilihan bagi mereka yg ingin kelihatan bergaya. Kanta lekap yg ditawarkan termasuklah jenis 'big eyes', anak mata anda kelihatan besar dan buntang seperti baby doll. 

Terdapat dua jenis kanta lekap, berwarna dan tidak berwarna (clear). Ada yg boleh dipakai di siang hari atau malam, setiap hari/minggu/bulan atau pakai buang. Kebiasaannya, hayat kanta lekap adalah selama 1 bulan atau 3 bulan selepas dibuka.

Terpulang kepada citarasa anda dan pertimbangkan pemakaian kanta lekap bergantung kepada tempat/keadaan yg anda hadiri.

Pada hemat saya, elokah memakai kanta lekap tidak berwarna untuk aktiviti formal, ke sekolah/kolej/universiti/pejabat atau menghadiri majlis formal. Dan kanta lekap berwarna pada waktu aktiviti sosial.  Namun ia terpulang kepada citarasa masing-masing.

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan utk memakai kanta lekap, dapatkan khidmat optometris dan bagi yang mempunyai masalah rabun pastikan tahap silau/power anda. Sekiranya tahap silau/power berbeza bagi mata kiri dan kanan anda, maka dapatkanlah dua set kanta lekap bagi setiap silau/power tersebut.

Setelah itu, minta optometris tunjukkan cara membasuh kanta lekap. Harus diingat, pemakaian kanta lekap memerlukan kebersihan yang tinggi. Kanta lekap perlu dibasuh menggunakan 'solution'. Tidak boleh menggunakan air biasa. Sebaiknya anda meletakkan beberapa titis solution pada kedua tapak tgn setiap kali sebelum anda mengendalikan kanta lekap. Elakkan mengelap tangan pada ketika ini kerana khuatir bekas benang pada kain/tuala akan melekat pada kanta lekap anda dan menyebabkan ketidakselesaan.

Gunakan solution utk membasuh bekas kanta lekap dan penutupnya utk memastikan ia benar2 bersih dan bebas bakteria. Letakkan kanta lekap pada tapak tangan, titiskan solution dan rub/basuh kanta lekap dengan lembut selama beberapa saat, terbalikkan kanta lekap ke sebelah dan basuh lagi sebelum masukkan ia ke dalam bekas dan tutup rapat. Letakkan bekas pada tmpt kering dan pastikan ia bebas dari sebarang contamination. 

Elakkan daripada membasuh/rubbing kanta lekap dgn kasar. Ini boleh menyebabkan kanta lekap itu koyak. Memakai kanta lekap yg koyak menyebabkan mata anda pedih, kemerahan dan tidak selesa. Oleh itu, perhatikan kanta lekap dlm keadaan elok sebelum anda memakainya.

Pada peringkat awal pemakaian kanta lekap, mungkin anda berasa sedikit leceh. Memandangkan kanta lekap perlu sentiasa bersih dan bebas kuman kerana bimbang mata anda terdedah dgn bakteria yg boleh mendatangkan mudarat pada mata/penglihatan. 

Harus diingat, kanta lekap boleh dipakai dalam masa 8jam sehari. Penggunaan berlebihan masa boleh menyebabkan iritasi pada mata dengan tanda kemerahan pada urat mata. Dan kebiasannya, mata anda akan berasa tidak selesa secara automatik akibat penggunaan berlebihan ini. Sekiranya berada di luar dan keadaan memaksa, basuhlah kanta lekap tersebut dgn solution dan pakai semula. Setelah sampai di rumah, buka kanta lekap dengan serta merta. 

Pastikan anda tahu jangka hayat kanta lekap yang dibeli. Seeloknya mula gunakan pada awal bulan bagi mudahkan anda untuk mengira hayat kanta tersebut. Buang kanta sekiranya sudah melebihi jangka hayat. Jika terus digunakan, mata anda pasti tidak berasa 
selesa.

Terdapat keadaan juga dimana mata berasa kering yang disebabkan oleh cuaca panas atau tempat yg berangin/berhawa dingin. Keadaan ini boleh diatasi dengan menitis beberapa titik eye drop pada mata yg kering. Bawalah eye drop bersama2 anda setiap masa. Pastikan eye drop tersebut khas utk kanta lekap sahaja. Baca baik2 info dan arahan pada kotak eye drop sebelum anda membeli. 

Setakat ini sahaja utk kali ini. Selamat mencuba. 











No comments:

Post a Comment

Care to leave a note?

Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...