Tuesday 1 October 2013

Air Mata



Menitiskan airmata adalah normal bagi setiap manusia. Seseorang menitiskan airmata untuk menzahirkan  perasaan sedih atau terlalu gembira. Mungkin meratapi kehilangan ahli keluarga, sahabat baik, haiwan peliharaan, atau mungkin kerana tekanan kerja dan sebagainya.

Airmata yang menitis sebenarnya membawa beberapa kebaikan:

1. Membuat seseorang berasa tenang dan damai;
2. Melupakan seketika beban kerja atau masalah yang dihadapi;
3. Agar kita tidak alpa bahawa hidup ini tidak selalunya indah;
4. Kesedihan membuatkan seseorang menginsafi diri.

Kita menyedari bahawa sewaktu kecil dengan menangis dan mengeluarkan airmata ibubapa selalunya akan memenuhi kehendak dan keinginan kita. That's the power of tears. 


Semakin matang dan dewasa seseorang itu, semakin hebat cabaran dan dugaan yang dihadapi, maka semakin besar tanggungjawab dan beban yang dipikul. Namun tidak semua rintangan tersebut perlu dihadapi dengan bersedih dan berduka. Lara dan duka itu sesuatu yang pasti dalam setiap kehidupan manusia. Tinggal lagi bagaimana cara kita berhadapan dan menangani nya.

Seandainya dengan menangis mampu membuat kita tenang, maka menangis la. 




Pinterest

Jalan Taiping, Klang lengang menjelang Hari Raya?

Hari ni masuk 12 Ramadan. Dah plan nak pergi beli bahan kuih kat 2 Ply. Beli Compound Chocolate Van Houtten, serbuk badam, serbuk koko, ment...